Entry: Salam Tahniah Friday, July 03, 2009



Setelah hampir 2 bulan selepas peperiksaan akhir semester kedua akhirnya keputusannya keluar, sujuk syukurku kepada Allah, terima kasih tak terhingga buat bonda dan ayahanda yang tercinta serta sahabat seperjuangan kerana keputusan yang aku terima di luar jangkaan ku iaitu 4.00 bagi semester 2 dan menjadikan PNGK ku 3.82. Semoga semester tiga ini aku diberi peluang untuk mengulangi kejayaan yang sama. Buat sahabat-sahabat pelajar Diploma Pemdidikan Islam yang lain juga ku sampaikan sekalung tahniah dengan kejayaan kali semua.

Diam tak diam aku sudah berada di semester 3, tinggal lagi 3 semester sebelum aku menamatkan kuliah ku di MARSAH ini. Semoga aku mendapat kejayaan yang cemerlang sepanjang keberadaan ku di MARSAH ini. Buat teman-teman di Mesir, ku doakan kalian semoga berjaya dalam imtihan yang lepas.

Salam kejayaan buat semua, dan selamat menempuhi semester 3 ini dengan baik buat semua teman di Diploma Pendidikan Islam di Marsah.

wassalam.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments