www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
 

Aku meminta kepada-Nya sekuntum bunga, namun yang kuterima kaktus yang berduri. Aku meminta kepada-Nya seekor kupu-kupu, namun yang kuterima seekor ulat yang berbulu. Namun akhirnya, kaktus berduri mengeluarkan bunga yang cantik dan seekor ulat yang bulu menjadi seekor kupu-kupu. Itulah resam kehidupan Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan tetapi Dia memberi apa yang manusia perlukan.







KENALI DIRINYA


Ibnt_tabrani merupakan puteri kepada pasangan yang bahagia iaitu Tuan Haji Ahmad Tabrani Bin Haji Mahmud bersama Puan Hajah Saniyah Binti Salat. Ibnt_tabrani ini telah diputerikan pada 06 Zulkaedah 1403 bersamaan 15 Ogos 1983 pada jam 5.35 petang di Hospital Daerah Mersing. Ibnt_tabrani merupakan anak keempat daripada lima beradik dan merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya.

Ibnt_tabrani mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Sri Mersing. Seterusnya dia melanjutkan pelajarannya di Sek. Men. Agama Arab Mersing sehingga Tingkatan Tiga dan menyambung pelajarannya keperingkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Menengah Agama di Maahad Pontian. Bagi memastikan kehidupan yang lebih berjaya, Ibnt_tabrani telah mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Seterusnya dia sempat menuntut ilmu di bumi para rasul iaitu Mesir selama tiga tahun di Universiti Al-Azhar Cawangan Iskandariah (Perempuan) dalam Kuliah Syariah Islamiah. Impian mencapai segulung ijazah di sana tidak kesampaian kerana masaalah kesihatan yang menuntu dia pulang ke tanah air, dan akhirnya pada 11 September 2008 dia menyambung pelajaran dalam bidang yang berbeza di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dalam Diploma Pendidikan Islam dan kini ibnt_tabrani berada ditahun kedua semester keempat.

Falsafah kehidupannya "selagi nadi berdenyut, selagi nafas berhembusan kehidupan akan diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang". Ibnt_tabrani tidak pernah kenal erti kegagalan, baginya itu semua adalah cubaan bagi untuk mengharungi kehidupan ini.

Ibnt_tabrani sekarang mempunyai lima orang anak saudara yang makin membesar dengan pelbagai ragam dan kerenahnya semuanya membuat dirinya bahagia. Ibnt_tabrani seorang yang masih belum berpunya baginya kehidupan ini merupakan sebuah cerita yang keta perlu nikmatinya satu persatu episodnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku nanti, Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya telah ditetapkan Ilahi , bila tiba masanya ia akan hadir dengan sendirinya.

Akhirnya, selamat datang ke SriMersing Blog semoga apa yang baik dijadikan panduan dan segala yang buruk diabaikan. Ibnt_tabrani hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan dalam dirinya, dia mengharapkan teguran daripada sahabat-sahabat semua.

Salam perjuangan daripada

Nurunna'im Bintu Ahmad Tabrani (ibnt_tabrani)

 

 myspace layouts

SETIAP DETIK TERUS BERLALU.....TANPA MENGHIRAUKAN ALAM SEKELILING

Detik Saat Berlalu

 

Hari Berganti Hari

 

Ibadat Suatu Ketenangan

 

 myspace layouts

ADA YANG BOLEH KITA KONGSIKAN BERSAMA?

 myspace layouts

TINGGALKAN PESANAN ANDA DI SINI.

   


 myspace layouts

PENCARIAN ILMU

 

 myspace layouts

 

BILA HIJRAH, BILA MASIHI?

 myspace layouts

KATA SAIDINA ALI BIN ABI TALIB k.w.h

إِذَا أَرْذَلَ اللهُ عَبْدًا حَظَّرَ عَلَيْهِ العِلْمَ

Apabila Allah s.w.t ingin menghina seseorang hamba, maka Allah s.w.t akan mengharamkan ilmu ke atas dirinya.

24 November 2009

 myspace layouts

RENUNGAN KITA BERSAMA


 

 

 myspace layouts

PENENANG JIWA

 myspace layouts

NAMAMU YANG INDAH...YA ALLAH

 myspace layouts

HALWA TELINGA


 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, December 10, 2008
Ya Allah bantulah hambamu ini.......

Alhamdulillah.......selaut kesyukuran diri ini panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan semangat dan keyakinan yang dipinjamkan bagi diri ini membolehkan diri ini terus berjuang.

Assigment semuanya dapat disiapkan pada masanya dan telah pun dihantar kepada pensyarah. Diam tak diam tinggal 3 minggu jer lagi nak exam. Banyak benda belum di ulang kaji, nota pun sama, banyak yang belum dikemas kinikan. Ya Allah bantulah diri ini.

Kepada teman-teman sekuliah tabahkan dirimu bagi menghadapi peperiksaan yang akan mendatang. Pantang ajal sebelum berperang. Menyeluk pekasam biarlah sampai ke rebungnya.

Buat temen-teman.....selamat mengulang kaji pelajaran, pastikan kita semua naik dengan CPGA yang baik.

Salam ukhwah buat semua.

Posted at 12/10/2008 5:56:48 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  

Monday, November 10, 2008
Perjuangan Harus Diteruskan

Assalamualaikum.....buat semua.

Apa kabar? Saya harapkan semua dalma keadaan yang sihat sentiasa. Setelah sekian lama menyepikan diri...kini diberikan kesempatan agar dapat terus memberi pandangan dan berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat yang lain sebagai panduan hidup bersama.

Sekarang aku telah menyambung semula pengajian. Walau pun bukan dibidang Syariah tapi aku telah mengambil satu keputusan menyambung dalam bidang pendidikan. Sekarang aku tengah membuat Diploma Pendidikan Islam di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Aku akan berada di sini selama 3 tahun untuk mendapatkan segulung diploma sebelum aku menyambung pengajian ku ke peringkant Sarjana Muda dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Ini semua dengan gerak hati yang telah diaturkan Allah buat diri ini agar aku menjadi seorang pendidik bagi anak bangsa ku sendiri. Setelah hampir setahun aku kehausan mencari seteguk ilmu, mencari tempat agar aku dapat menghambakan diri pada Ilmu Allah, akhirnya penantian berakhir dengan pemohonanku ke Marsah diterima.

Aku bagaikan pungguk merindukan bulan...mengharapkan ianya jatuh keriba namun tidak jatuh.....dan hampir putus asa ini kerana permohonan yang terlalu banyak dan yang ditemuduga pun begitu....namun berkat doa kedua orang tuaku yang tidak putus-putus akhir penantian ini pun berakhir dengan beribu-ribu kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat sahabat-sahabat yang aku rindui sekelian....janganlah sesekali merasakan cukup dengan ilmu yang ada dalam diri kita. Ilmu yang ada dalam diri kita hanya bagaikan setitik air dari lautan yang luas......lautan yang luas itu bagaikan Ilmu Allah malah lebih banyak dari itu dan ilmu yang ada pada diri kita bagaikan setitis daripadanya.Tuntutlah Ilmu Sehingga Akhir Hayat.

Semoga kalian terus tabah menghadapi hari mendatang....wassalam.

Posted at 11/10/2008 12:33:05 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  

Sunday, February 17, 2008
Salam khabar.....

Assalamualaikum...

Buat teman-teman aku doakan semoga kalian semua sihat selalu. Dah lama tak menulis dalam blog ni, rasa bagaikan kekok untuk menulisnya.

Sudah 7 bulan aku mengharungi kehidupan sebagai pendidik.....berbagai suka dan duka aku lalui.....aku mula merasakan bahawa alam yang paling indah dilalui adalah zaman kanak-kanak. Tiada istilah benci, sakit hati, marah dan sebagainya yang semuanya ada di alam dewasa.

Dalam dunia baru ini, ianya mengajar aku erti kehidupan yang menuntuku menjadi seorang insan yang lebih matang dalam semua perkara. Setelah apa yang aku lalui sekarang, Aku telah mengambil keputusan untuk menyambung pengajianku dalam pendidikan. Bagiku.....ini sahaja yang mampu ku lakukan bagi menjamin kehidupan aku di alam yang lain.

30 November 2007, adalah tarikh yang akan ku ingat sepanjang hidupku. Aku telah disahkan oleh doktor ada SEAS pada ovari ku......dan akhirnya pada 30 November itu aku dibedah dan ovari kiriku telah dibuang. Hargailah apa yang kita ada dan jagailah ia agar ia sempurna ketika kita memulngkan kepada yang hak kerana segala apa yang ada pada kita adalah pinjaman semata-mata.

Posted at 2/17/2008 10:16:26 am by ibnt_tabrani
Make a comment  

Sunday, November 04, 2007
Kembali menjengah diri

Assalamualaikum.......

Setelah sekian lama menyepikan diri,tiada kabar berita yang terbaru dicoretkan.Terlalu rindu ingin dinyatakan buat teman-teman seperjuangan.

Sudah setahun aku kembali ke tanah air,inilah yang dikatakan sebagai rezeki yang Allah berikan,segalanya telah dirancang sebaik mungkin.Aku kembali tampa sempat aku menghabiskan pengajianku,hanya diri ini yang tahu betapa sedihnya untuk kuterima apa yang terjadi,walau apa pun kuterima dengan hati yang terbuka apa yang belaku.

Aku tetap akan menyambung semula pengajianku walau apapun yang terjadi.Buat masa ini aku menjadi seorang pendidik.Ianya banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan.Pengalaman yang aku terima ini bagaikan mutiara yang berharga dan amat berguna dimasa hadapan.

Aku akhiri coretan ini,walau pun berat untuk ku hentikan tarian jari-jemariku.Begitu lama tidak menulis aku bagaikan kekok mengatur kata.Buat teman semua salam perjuangan buat semua.Selagi kita masih hidup,selagi itu kita di medan perjuangan,yang membezakan antara kita siapakan musuh kita.

Salam sayang.

Posted at 11/4/2007 11:00:46 am by ibnt_tabrani
Comments (2)  

Salam buat semua......

Assalamualaikum....

Salam lebaran buat semua walau pun dah disaat akhir. Semoga sahabat semua sihat sentiasa disamping meneruskan dan melaksanakan segala amanah yang telah diberikan oleh penciptaNya sejak kita ditiupkan roh kedalam jasad.

Sudah sekian lama saya tak menulis diblog ni...bila memantau blog sahabat-sahabat yang lain rindu benar dengan bumi Mesir, tapi apakan daya saya akan meneruskan pelajaran saya di bumi Malaysia. Semunya telah diaturkan oleh Allah.

Erm....oklah buat kali ini, cukup setakat ni lagi pun saya kat cc sekarang ada masa saya akan menulis lagi dalam blog ni.salam buat semua.

wassalam

Posted at 11/4/2007 9:04:02 am by ibnt_tabrani
Make a comment  

Saturday, July 15, 2006
Entri Terakhir.....

Assalamualaikum......

Apa kabar semua sahabat? Dah lama tak membebel dalam blog ni.Telah lama diri ini bergelumangan dengan kitab kuliah untuk menempuhi imtihan fasal thani...akhirnya tamat jua pada 10 Julai 2006 yang lepas...semoga kejayaan milik semua warga Al-Azhar.

Malam ni aku akan berangkat pulang ke Malaysia untuk bercuti tahun ni.Sedih juga nak balik sebab ada lagi tanggungjawab yang belum selesai...doakan segalanya dipermudahkan segala urusan.

Tepat 1.55 (16 Julai) aku akan berlepas pulang...doakan diri ini selamat sepanjang perjalanan pulang.Ini juga merupakan entri terakhir aku di bumi Mesir...semoga aku mampu meneruskan entri seterusnya dibumi Malaysia pulak nanti.

Buat akhir.....sebelum terlupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat baik ku k.Mard dan pasangannya Zulkarnain yang selamat diijabkan pada 13 Julai 2006 yang lepas....naim doakan kalian berbahgia sehingga kesyurga nanti dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Lepas ni kalian doakan diri ini pulak.

Buat team penggerak Q 2006, Naim memohon kemaafan sepanjang bersama kalian andai ada terkasar bahasa dan segalanya. Naim doakan kalian mampu melakukan yang terbaik untuk Q terakhir (graduasi) pada 3 Ogos ini ...insyaAllah...

Oklah.......sampai sini dulu ...jumpa lagi kita di Malaysia nanti....wassalam

Posted at 7/15/2006 8:44:21 am by ibnt_tabrani
Make a comment  

Carilah Cinta

 
CARILAH CINTA...
 
carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padaNYA
carilah cinta yang hakiki
yang hanya padaNYA YANG ESA
 
carilah cinta yang abadi
yang ada hanyalah padaNYA
 
carilah kasih yang kekal selamanya
yang ada hanyalah pada TUHANmu
 
di dalam mencari cinta yang sejati
banyaknya ranjau kan ditempuhi
 
di dalam mendapat cinta yang hakiki
banyaknya onak yang diredahi
 
namun janjiNYA
kepada hambaNYA
 
tidak pernah dimungkiri
& tidak pernah melupakanmu
 
yakinlah pada TUHANmu
kerana DIAlah cinta hakiki
 
-raihan-

Posted at 7/15/2006 8:43:32 am by ibnt_tabrani
Make a comment  

Thursday, July 06, 2006
Mutiara Kata

.:: MUTIARA KATA ::.

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT DHUHA…
Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT MALAM...
Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya
Dalam MEMBACA AL-QURAN…
Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya
Dalam PUASA & SEDEKAH…
Aku Mencari
Naungan ‘Arasy,
Aku Mendapatinya
Dalam
MENGASINGKAN DIRI
BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA
 
Wallahu Taa'la A'lam(())

Posted at 7/6/2006 5:12:34 pm by ibnt_tabrani
Comment (1)  

Wednesday, July 05, 2006
Muhasabah Diri


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat.
2.
tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4.
memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.
berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8.
suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.
suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19.
tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.
membasuh kaki dengan tangan kanan.
29.
membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35.
berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.
mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42.
menguap ketika solat.
43.
meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.

Posted at 7/5/2006 5:05:13 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  

Tuesday, July 04, 2006
Renungan bersama...

Manusia, Malaikat, Syaitan...
 
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
 
 

Posted at 7/4/2006 5:02:21 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  

Previous Page Next Page