www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
 

Aku meminta kepada-Nya sekuntum bunga, namun yang kuterima kaktus yang berduri. Aku meminta kepada-Nya seekor kupu-kupu, namun yang kuterima seekor ulat yang berbulu. Namun akhirnya, kaktus berduri mengeluarkan bunga yang cantik dan seekor ulat yang bulu menjadi seekor kupu-kupu. Itulah resam kehidupan Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan tetapi Dia memberi apa yang manusia perlukan.







KENALI DIRINYA


Ibnt_tabrani merupakan puteri kepada pasangan yang bahagia iaitu Tuan Haji Ahmad Tabrani Bin Haji Mahmud bersama Puan Hajah Saniyah Binti Salat. Ibnt_tabrani ini telah diputerikan pada 06 Zulkaedah 1403 bersamaan 15 Ogos 1983 pada jam 5.35 petang di Hospital Daerah Mersing. Ibnt_tabrani merupakan anak keempat daripada lima beradik dan merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya.

Ibnt_tabrani mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Sri Mersing. Seterusnya dia melanjutkan pelajarannya di Sek. Men. Agama Arab Mersing sehingga Tingkatan Tiga dan menyambung pelajarannya keperingkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Menengah Agama di Maahad Pontian. Bagi memastikan kehidupan yang lebih berjaya, Ibnt_tabrani telah mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Seterusnya dia sempat menuntut ilmu di bumi para rasul iaitu Mesir selama tiga tahun di Universiti Al-Azhar Cawangan Iskandariah (Perempuan) dalam Kuliah Syariah Islamiah. Impian mencapai segulung ijazah di sana tidak kesampaian kerana masaalah kesihatan yang menuntu dia pulang ke tanah air, dan akhirnya pada 11 September 2008 dia menyambung pelajaran dalam bidang yang berbeza di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dalam Diploma Pendidikan Islam dan kini ibnt_tabrani berada ditahun kedua semester keempat.

Falsafah kehidupannya "selagi nadi berdenyut, selagi nafas berhembusan kehidupan akan diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang". Ibnt_tabrani tidak pernah kenal erti kegagalan, baginya itu semua adalah cubaan bagi untuk mengharungi kehidupan ini.

Ibnt_tabrani sekarang mempunyai lima orang anak saudara yang makin membesar dengan pelbagai ragam dan kerenahnya semuanya membuat dirinya bahagia. Ibnt_tabrani seorang yang masih belum berpunya baginya kehidupan ini merupakan sebuah cerita yang keta perlu nikmatinya satu persatu episodnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku nanti, Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya telah ditetapkan Ilahi , bila tiba masanya ia akan hadir dengan sendirinya.

Akhirnya, selamat datang ke SriMersing Blog semoga apa yang baik dijadikan panduan dan segala yang buruk diabaikan. Ibnt_tabrani hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan dalam dirinya, dia mengharapkan teguran daripada sahabat-sahabat semua.

Salam perjuangan daripada

Nurunna'im Bintu Ahmad Tabrani (ibnt_tabrani)

 

 myspace layouts

SETIAP DETIK TERUS BERLALU.....TANPA MENGHIRAUKAN ALAM SEKELILING

Detik Saat Berlalu

 

Hari Berganti Hari

 

Ibadat Suatu Ketenangan

 

 myspace layouts

ADA YANG BOLEH KITA KONGSIKAN BERSAMA?

 myspace layouts

TINGGALKAN PESANAN ANDA DI SINI.

   


 myspace layouts

PENCARIAN ILMU

 

 myspace layouts

 

BILA HIJRAH, BILA MASIHI?

 myspace layouts

KATA SAIDINA ALI BIN ABI TALIB k.w.h

إِذَا أَرْذَلَ اللهُ عَبْدًا حَظَّرَ عَلَيْهِ العِلْمَ

Apabila Allah s.w.t ingin menghina seseorang hamba, maka Allah s.w.t akan mengharamkan ilmu ke atas dirinya.

24 November 2009

 myspace layouts

RENUNGAN KITA BERSAMA


 

 

 myspace layouts

PENENANG JIWA

 myspace layouts

NAMAMU YANG INDAH...YA ALLAH

 myspace layouts

HALWA TELINGA


 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, October 26, 2009
Indahnya....

Assalamualaikum....

Buat semua teman, agar kalian sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Gembira rasanya hati apabila ruang blog ini telah diberikan sentuhan baru, ibnt_tabrani mengharapkan agar ianya mampu memberi inspirasi buat sahabat untuk terus berjuang untuk Islam.

Disaat ku memberikan sentuhan baru kepada blog ini, terlintas dalam fikiran ku apa erti sebuah cinta? Terlalu ramai orang memberikan difinasi cinta dalam berbagai sudut, namun apa yang mampu aku ungkapkan Cinta Ilahi adalah cinta teragung. Ini membuat diriku teringat akan bait-bait lagu Cinta Agung yang dialunkan oleh Qathrunnada satu ketika dulu. Aku cuba letakkan lagu ini agar ianya mampu memuhasabahkan diri kita, adakah kita masih memiliki Cinta Agung ini.

 

Namun begitu, jauh disuatu sudut hatiku berdetik apabila lagu Ketulusan Hati yang didendangkan oleh Anuar Zain kedengaran dicuping tengaku. Aku cuba leraikan maksud disebalik setiap kata-katanya dengan sebuah cerita mengenai cinta kepada Yang Maha Esa. Pengabdian cinta hanya buat Nya yang Maha Berkuasa. Aku menemui ketulusan dalam seni katanya. Aku terdiam dalam duniaku sendiri mencari pengertiannya. Aku sertakan juga lagu ini jua agar ianya memberi inspirasi buat kita agar lebih mengetahui sejauh mana cinta kita kepada Yang Maha Esa yang kita katakan sebagai Cinta Agung.

 

Itulah dua buah lagu yang mungkin mampu mengimbau dan membuat kita terfikir, masih adakah Cinta Agung buat Yang Maha Berkuasa dalam kata erti yang sebenar kepada ciptaanNya yang dinamakan manusia? Adakah setiap pelakuan, perkataan dan segalanya itu masih buat Yang Maha Esa dalam penghambaan diri untuk mendapatkan Cinta Teragung dariNya? Sama-samalah kita renungkan agar Cinta teragung itu terus menjadi milik setiap insan yang bergelar "muslim" dan "muslimah".

Barakallahu 'Alaikum.....

Posted at 10/26/2009 12:13:22 pm by ibnt_tabrani

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry