Aku meminta kepada-Nya sekuntum bunga, namun yang kuterima kaktus yang berduri.
Aku meminta kepada-Nya seekor kupu-kupu, namun yang kuterima seekor ulat yang berbulu.
Namun akhirnya, kaktus berduri mengeluarkan bunga yang cantik dan seekor ulat yang bulu menjadi seekor kupu-kupu.
Itulah resam kehidupan Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan tetapi Dia memberi apa yang manusia perlukan.
KENALI DIRINYA
Ibnt_tabrani mendapat pendidikan awal di Sek.
Keb. Sri Mersing. Seterusnya dia melanjutkan pelajarannya di Sek. Men. Agama
Arab Mersing sehingga Tingkatan Tiga dan menyambung pelajarannya keperingkan
Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Menengah Agama di Maahad Pontian. Bagi
memastikan kehidupan yang lebih berjaya, Ibnt_tabrani telah mengambil Sijil
Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Seterusnya dia sempat menuntut ilmu
di bumi para rasul iaitu Mesir selama tiga tahun di Universiti Al-Azhar
Cawangan Iskandariah (Perempuan) dalam Kuliah Syariah Islamiah. Impian
mencapai segulung ijazah di sana tidak kesampaian kerana masaalah kesihatan
yang menuntu dia pulang ke tanah air, dan akhirnya pada 11 September 2008
dia menyambung pelajaran dalam bidang yang berbeza di Kolej Pengajian Islam
Johor (MARSAH) dalam Diploma Pendidikan Islam dan kini ibnt_tabrani berada
ditahun kedua semester keempat.
Falsafah kehidupannya "selagi nadi berdenyut,
selagi nafas berhembusan kehidupan akan diteruskan walau apa jua rintangan
yang mendatang". Ibnt_tabrani tidak pernah kenal erti kegagalan, baginya itu
semua adalah cubaan bagi untuk mengharungi kehidupan ini.
Ibnt_tabrani sekarang mempunyai lima orang
anak saudara yang makin membesar dengan pelbagai ragam dan kerenahnya
semuanya membuat dirinya bahagia. Ibnt_tabrani seorang yang masih belum
berpunya baginya kehidupan ini merupakan sebuah cerita yang keta perlu
nikmatinya satu persatu episodnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku
nanti, Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya telah ditetapkan Ilahi , bila
tiba masanya ia akan hadir dengan sendirinya.
Akhirnya, selamat datang ke SriMersing Blog
semoga apa yang baik dijadikan panduan dan segala yang buruk diabaikan.
Ibnt_tabrani hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan dalam
dirinya, dia mengharapkan teguran daripada sahabat-sahabat semua.
Salam perjuangan daripada
Nurunna'im Bintu Ahmad Tabrani
(ibnt_tabrani)
SETIAP DETIK TERUS
BERLALU.....TANPA MENGHIRAUKAN ALAM SEKELILING
Bila tibanya bulan Mei, semua orang sibuk menyatakan kasih dan sayangnya kepada seorang wanita yang telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari. Adakah hanya di bulan Mei ini sahaja yang boleh kita nyatakan rasa kasih dan sayang kita? Daku bagaikan terkasima dengan situasi ini, sepatutnya kita nyatakan kasih dan sayang kita kepada wanita yang digelar ibu pada setiap masa dan setiap detik. Andai umur yang dipinjamkan ini diambil tuanNya, maka terlepaslah kita dari menjadi anak yang soleh, yang mana sentiasa memberi khidmat kepada orang tuanya tidak mengira waktu.
Sama-samalah kita renungkan sedikit cebisan yang mana mengharapkan ianya menjadikan kita lebih menyayangi kedua orang tua kita yang paling utama ibu........
Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak Aku selalu teringatkan .... mak Bila sedih, aku mesti talipon.... mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku.... mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari...... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. "Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu