Ibnt_tabrani mendapat pendidikan awal di Sek.
Keb. Sri Mersing. Seterusnya dia melanjutkan pelajarannya di Sek. Men. Agama
Arab Mersing sehingga Tingkatan Tiga dan menyambung pelajarannya keperingkan
Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Menengah Agama di Maahad Pontian. Bagi
memastikan kehidupan yang lebih berjaya, Ibnt_tabrani telah mengambil Sijil
Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Seterusnya dia sempat menuntut ilmu
di bumi para rasul iaitu Mesir selama tiga tahun di Universiti Al-Azhar
Cawangan Iskandariah (Perempuan) dalam Kuliah Syariah Islamiah. Impian
mencapai segulung ijazah di sana tidak kesampaian kerana masaalah kesihatan
yang menuntu dia pulang ke tanah air, dan akhirnya pada 11 September 2008
dia menyambung pelajaran dalam bidang yang berbeza di Kolej Pengajian Islam
Johor (MARSAH) dalam Diploma Pendidikan Islam dan kini ibnt_tabrani berada
ditahun kedua semester keempat.
Falsafah kehidupannya "selagi nadi berdenyut,
selagi nafas berhembusan kehidupan akan diteruskan walau apa jua rintangan
yang mendatang". Ibnt_tabrani tidak pernah kenal erti kegagalan, baginya itu
semua adalah cubaan bagi untuk mengharungi kehidupan ini.
Ibnt_tabrani sekarang mempunyai lima orang
anak saudara yang makin membesar dengan pelbagai ragam dan kerenahnya
semuanya membuat dirinya bahagia. Ibnt_tabrani seorang yang masih belum
berpunya baginya kehidupan ini merupakan sebuah cerita yang keta perlu
nikmatinya satu persatu episodnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku
nanti, Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya telah ditetapkan Ilahi , bila
tiba masanya ia akan hadir dengan sendirinya.
Akhirnya, selamat datang ke SriMersing Blog
semoga apa yang baik dijadikan panduan dan segala yang buruk diabaikan.
Ibnt_tabrani hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan dalam
dirinya, dia mengharapkan teguran daripada sahabat-sahabat semua.
Salam perjuangan daripada
Nurunna'im Bintu Ahmad Tabrani
(ibnt_tabrani) |