www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
 

Aku meminta kepada-Nya sekuntum bunga, namun yang kuterima kaktus yang berduri. Aku meminta kepada-Nya seekor kupu-kupu, namun yang kuterima seekor ulat yang berbulu. Namun akhirnya, kaktus berduri mengeluarkan bunga yang cantik dan seekor ulat yang bulu menjadi seekor kupu-kupu. Itulah resam kehidupan Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan tetapi Dia memberi apa yang manusia perlukan.





Wednesday, November 18, 2009
Minggu Terakhir

22 November ni, aku kembali ke MARSAH bagi meneruskan pengkuliahan aku yang masih berbaki 3 semester. 23 November ni aku akan mulakan sesi kuliah bagi semester 4. Diam tak diam,aku sudah hampir dengan penghujung tahun 2..begitu cepat masa berlalu.

Kepada semua teman sekelas....dan sekuliah Selamat Kembali Ke MARSAH dengan semangat yang baru agar semester 4 ni kita semua akan berjaya dengan lebih cemerlang.

Erm...nampaknya cuti aku pun semakin habis...lepas ni mak ngan ayah dah kembali tinggal berdua....mak ....ayah yun always love both of you very muchWink

Selamat Belajar

Posted at 11/18/2009 1:34:44 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Monday, November 02, 2009
Kerinduan...

Merindui, dirindui semuanya suatu nikmat yang Allah berikan kepada setiap manusia namun yang paling utama letakkan kerinduan kepada yang berhak. Malam tadi abang sulong ku sekeluarga yang sekarang tinggal di Dhoha, Qatar telefon untuk bertanya kabar ibu dan ayah yang mereka sayangi. Aku membuka laptop ku dan terus membuka Skyep (salah satu program perhubungan) untuk berchating dengan abang sekeluarga. Musim sejuk makin menghampiri kata mereka, dari raut yang ku lihat semuanya makin comelWink....farah pun dah nampak tembam...bagi mak sunggu gembiraa melihat anak, menantu dan cucu-cucunya yang sihat selalu...Big Smile

Kerinduan ku buat teman lama akhirnya terlerai dengan perjumpaan yang tidak disangka dan yang paling ku terkejut sahabat lama ku ini telah dinikahi oleh orang yang dicintainya dan yang paling tidak kusangka orang yang menjadi putera hatinya adalah sahabat kami juga ...itulah takdirnya. Semuanya membuat aku teringat kisah kami dahulu.Wink Apa pun aku ucapkan tahniah semoga kekal hingga akhir hayat. Apa pun aku tetap aku dan tetap di sini.

 

Lagu ni ku tujukan buat Farina dan suami di atas majlis akad nikah, jangan lupa jemput untuk majlis sandingnya tauWink Aku tumpang gembira dengan kebahgiaan kalian.

Posted at 11/2/2009 10:10:19 am by ibnt_tabrani
Make a comment  




Thursday, October 29, 2009
Subhanallah....Allahu Akbar

Kejadian matahari amat besar ertinya buat kejadian Allah yang dinamakan manusia. Manusia amat memerlukan sinaran matahari walaupun diwaktu malam bagi menyinarkan sang rembulan dan bintang-bintang yang bertaburan di hamparan langit. Namun begitu, manusia begitu mudah lupa dengan nikmat yang diberikanNya. Diberikan akal untuk membuat pilihan samaada jalan yang baik atau yang buruk ingin diikuti, tetapi tetap menjadikan nafsu sebagai kayu pengukur dalam penimbangan segala hal. Benarlah firman Allah dalam Surah As-Sham, beruntung bagi mereka yang memilih kebaikan dan rugilah bagi mereka yang memilih kefasadatan.

 

Semoga nasyid yang cuba ibnt_tabrani bawakan ini memberikan satu anjakan pada pemikiran kita semua.

Posted at 10/29/2009 1:21:03 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Monday, October 26, 2009
Indahnya....

Assalamualaikum....

Buat semua teman, agar kalian sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Gembira rasanya hati apabila ruang blog ini telah diberikan sentuhan baru, ibnt_tabrani mengharapkan agar ianya mampu memberi inspirasi buat sahabat untuk terus berjuang untuk Islam.

Disaat ku memberikan sentuhan baru kepada blog ini, terlintas dalam fikiran ku apa erti sebuah cinta? Terlalu ramai orang memberikan difinasi cinta dalam berbagai sudut, namun apa yang mampu aku ungkapkan Cinta Ilahi adalah cinta teragung. Ini membuat diriku teringat akan bait-bait lagu Cinta Agung yang dialunkan oleh Qathrunnada satu ketika dulu. Aku cuba letakkan lagu ini agar ianya mampu memuhasabahkan diri kita, adakah kita masih memiliki Cinta Agung ini.

 

Namun begitu, jauh disuatu sudut hatiku berdetik apabila lagu Ketulusan Hati yang didendangkan oleh Anuar Zain kedengaran dicuping tengaku. Aku cuba leraikan maksud disebalik setiap kata-katanya dengan sebuah cerita mengenai cinta kepada Yang Maha Esa. Pengabdian cinta hanya buat Nya yang Maha Berkuasa. Aku menemui ketulusan dalam seni katanya. Aku terdiam dalam duniaku sendiri mencari pengertiannya. Aku sertakan juga lagu ini jua agar ianya memberi inspirasi buat kita agar lebih mengetahui sejauh mana cinta kita kepada Yang Maha Esa yang kita katakan sebagai Cinta Agung.

 

Itulah dua buah lagu yang mungkin mampu mengimbau dan membuat kita terfikir, masih adakah Cinta Agung buat Yang Maha Berkuasa dalam kata erti yang sebenar kepada ciptaanNya yang dinamakan manusia? Adakah setiap pelakuan, perkataan dan segalanya itu masih buat Yang Maha Esa dalam penghambaan diri untuk mendapatkan Cinta Teragung dariNya? Sama-samalah kita renungkan agar Cinta teragung itu terus menjadi milik setiap insan yang bergelar "muslim" dan "muslimah".

Barakallahu 'Alaikum.....

Posted at 10/26/2009 12:13:22 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Thursday, October 22, 2009
Kenangan

Smile Assalamualaikum buat semua sahabat......

Sudah sekian lama tidak menjenguk ke laman tinta ini, kerinduan kepadanya amat terasa. Aku cuba memberi sedikit sentuhan ke laman ini untuk menyinarnya kembalik.

Aku akan bercuti selama sebulan dan akan memulakan kuliah bagi semester 4 pada 23 November 2009 akan datang. Hari terus berlalu, tugasan yang perlu disiapkan sepanjang cuti ini masih menemui jalan buntu...aku menjadi bingung tiada idea yang datang dibenak fikiranku untuk membantuku.

Kepada teman-teman dibumi Mesir ku ucapkan selamat memulakan kuliah yang baru dan teman-teman di Malaysia...ku doakan kalian semua berjaya dalam apa jua yang diceburi.

Posted at 10/22/2009 11:20:46 am by ibnt_tabrani
Make a comment  




Thursday, October 08, 2009
Salam Kembali...

Assalamualaikum...Tongue

Buat semua teman-teman, ku doakan kalian semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Dah lama tak menulis di sini bagaikan kaku jari untuk menaip.

Buat teman-teman di Mesir bagai cuti musim panas? Pasti semua waktu diisi dengan menghadirkan diri ke kelas tafakuh, tahniah ku ucapkan. Tulisanku yang lepas menceritakan tentang keputusan exam semester kedua, dia tak diam hari merupakan hari keempat aku menduduki exam akhir semester tiga....doakan akuSad bukan apa takut andai kata keputusan aku tidak berapa elok. Hanya tinggal 2 subjek lagi selepas tu....bercutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Oklah buat teman-teman yang sudi berkunjung ke blog ni, kalau nak borang dengan diri ini boleh kita YM dan ID ku ialah "munawwarah83".

Jumpa lagi dilain hari, masa dan ketika.

Assalamualaikum.

Posted at 10/8/2009 6:22:41 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Friday, July 03, 2009
Salam Tahniah

Setelah hampir 2 bulan selepas peperiksaan akhir semester kedua akhirnya keputusannya keluar, sujuk syukurku kepada Allah, terima kasih tak terhingga buat bonda dan ayahanda yang tercinta serta sahabat seperjuangan kerana keputusan yang aku terima di luar jangkaan ku iaitu 4.00 bagi semester 2 dan menjadikan PNGK ku 3.82. Semoga semester tiga ini aku diberi peluang untuk mengulangi kejayaan yang sama. Buat sahabat-sahabat pelajar Diploma Pemdidikan Islam yang lain juga ku sampaikan sekalung tahniah dengan kejayaan kali semua.

Diam tak diam aku sudah berada di semester 3, tinggal lagi 3 semester sebelum aku menamatkan kuliah ku di MARSAH ini. Semoga aku mendapat kejayaan yang cemerlang sepanjang keberadaan ku di MARSAH ini. Buat teman-teman di Mesir, ku doakan kalian semoga berjaya dalam imtihan yang lepas.

Salam kejayaan buat semua, dan selamat menempuhi semester 3 ini dengan baik buat semua teman di Diploma Pendidikan Islam di Marsah.

wassalam.

Posted at 7/3/2009 8:19:41 am by ibnt_tabrani
Make a comment  




Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru

16 Mei kini kembali, hari yang diberikan pengiktirafan kepada semua guru-guru yang telah begitu banyak mencurahkan baktinya bagi meletakkan anak bangsanya ditahap yang membagakan.

Selamat Hari Guru ku ucapakan kepada semua guru-guru yang pernah mengajarku agar diri ini menjadi insan yang berguna, terima kasih cikgu.

Di sini ingin ku didikasikan sebuah sajak buat semua guru-guruku.

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

Sekarang…
sajak sajak tradisional
tidak boleh lagi
menggambarkan profesion perguruan
maksudku
dulu memang lilin
tapi sekarang blm tentu
Kata orang
tak boleh nak judge
satu dua guru syaitan punya kerja (baca dengan nada terkejut)
lalu seluruhnya terpalit dosanya (nada sedih)
cuma wajarlah
difikir2kan kembali.
Ada yg boleh dihargai
ada pula yg elok dikeji dan dijauhi

Selamat Hari Guru.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Dengarkan lagu tema Hari Guru 2009

 

Lagu Guru Malaysia

Posted at 5/15/2009 9:31:36 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Thursday, May 14, 2009
Salam Perjuangan

Assalamualaikum......

Hari terus berlalu tanpa menanti diriku walaupun hanya untuk seketika. Perjuanganku semakin hampir, Ya Allah berikan kekuatan kepada diriku ini, daku tidak berdaya menghadapinya tanpa bantuan Mu Ya Allah. 

Buat teman-teman Diploma Pendidikan Islam di Marsah ku doakan kalian mampu menghadapi peperiksaan akhir ini dengan penuh semangat. Doakan jua diri ini, semoga kita sama-sama mencapai kejayaan yang diidamkan.

Ku tujukan nasyid ini buat semua teman-teman semoga menjadi sumber inspirasi untuk menghadapi peperiksaan.

SALAM IMTIHAN,

18 - 23 Mei 2009

Hidup Perlu Diteruskan Walau Apa Jua Rintangannya.

Posted at 5/14/2009 3:01:49 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Saturday, May 09, 2009
Selamat Hari Ibu

Salamualaik....buat semua teman-teman.

Bila tibanya bulan Mei, semua orang sibuk menyatakan kasih dan sayangnya kepada seorang wanita yang telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari. Adakah hanya di bulan Mei ini sahaja yang boleh kita nyatakan rasa kasih dan sayang kita? Daku bagaikan terkasima dengan situasi ini, sepatutnya kita nyatakan kasih dan sayang kita kepada wanita yang digelar ibu pada setiap masa dan setiap detik. Andai umur yang dipinjamkan ini diambil tuanNya, maka terlepaslah kita dari menjadi anak yang soleh, yang mana sentiasa memberi khidmat kepada orang tuanya tidak mengira waktu.

Sama-samalah kita renungkan sedikit cebisan yang mana mengharapkan ianya menjadikan kita lebih menyayangi kedua orang tua kita yang paling utama ibu........

Orang kata aku lahir dari perut mak..                
 
Bila dahaga, yang susukan aku....  mak                             
Bila lapar, yang suapkan aku....  mak                                 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..  mak                     
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....  Mak                       
Bila bangun tidur, aku cari....  mak                               
Bila nangis, orang pertama yang datang ....  mak                           
Bila nak bermanja, aku dekati....  mak                               
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....  mak                             
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....  mak                           
Bila nakal, yang memarahi aku....  mak                             
Bila merajuk, yang memujukku cuma....  mak                           
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....  mak                   
Bila takut, yang tenangkan aku....  mak                                 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....  mak                           
Aku selalu teringatkan ....  mak                                   
Bila sedih, aku mesti talipon....  mak                               
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....  mak                         
Bila bengang.. aku suka luah pada..  mak                             
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                           
Bila sakit, orang paling risau adalah....  mak                           
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....  mak                           
Bila buat hal, yang marah aku dulu....  mak                             
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                           
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                       
Yang selalu masak makanan kegemaranku....  mak                           
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....  mak               
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....  mak                   
Yang selalu berleter kat aku...  mak                                 
Yang selalu puji aku....  mak                                   
Yang selalu nasihat aku....  mak                                   
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....  mak          
               
Aku ada pasangan hidup sendiri....            
                         
Bila seronok, aku cari.......pasanganku                             
Bila sedih, aku cari......  mak    
                                   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                         
Bila gagal, aku ceritakan pada....  mak        
                         
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                           
Bila berduka, aku peluk erat....  emakku  
                          
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                           
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....  mak  
                        
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku                   
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
              
Selalu.. aku ingat pasanganku    
Selalu.. mak ingat kat aku
                                  
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak
                              
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku                         
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak          
                  
Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?       
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...                 
Berderai air mata jika kita mendengarnya........      
                   
Tapi kalau mak sudah tiada.....  .....    
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....              

Berapa ramai yang sanggup    menyuapkan ibunya....   
berapa ramai yang sanggup    mencuci muntah ibunya.....   
berapa ramai yang sanggup    mengantikan lampin ibunya......   
berapa ramai yang sanggup    membersihkan najis ibunya.......   
berapa ramai yang sanggup    membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....       
berapa ramai yang sanggup   berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....    
dan akhir sekali  berapa ramai yang    sembahyang JENAZAH ibunya......    
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:    
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00    
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.    
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,    
"Saya Sayangkan Ibu".    Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.    
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

 

Posted at 5/9/2009 8:04:51 pm by ibnt_tabrani
Make a comment  




Next Page




KENALI DIRINYA


Ibnt_tabrani merupakan puteri kepada pasangan yang bahagia iaitu Tuan Haji Ahmad Tabrani Bin Haji Mahmud bersama Puan Hajah Saniyah Binti Salat. Ibnt_tabrani ini telah diputerikan pada 06 Zulkaedah 1403 bersamaan 15 Ogos 1983 pada jam 5.35 petang di Hospital Daerah Mersing. Ibnt_tabrani merupakan anak keempat daripada lima beradik dan merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya.

Ibnt_tabrani mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Sri Mersing. Seterusnya dia melanjutkan pelajarannya di Sek. Men. Agama Arab Mersing sehingga Tingkatan Tiga dan menyambung pelajarannya keperingkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Menengah Agama di Maahad Pontian. Bagi memastikan kehidupan yang lebih berjaya, Ibnt_tabrani telah mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Seterusnya dia sempat menuntut ilmu di bumi para rasul iaitu Mesir selama tiga tahun di Universiti Al-Azhar Cawangan Iskandariah (Perempuan) dalam Kuliah Syariah Islamiah. Impian mencapai segulung ijazah di sana tidak kesampaian kerana masaalah kesihatan yang menuntu dia pulang ke tanah air, dan akhirnya pada 11 September 2008 dia menyambung pelajaran dalam bidang yang berbeza di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dalam Diploma Pendidikan Islam dan kini ibnt_tabrani berada ditahun kedua semester keempat.

Falsafah kehidupannya "selagi nadi berdenyut, selagi nafas berhembusan kehidupan akan diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang". Ibnt_tabrani tidak pernah kenal erti kegagalan, baginya itu semua adalah cubaan bagi untuk mengharungi kehidupan ini.

Ibnt_tabrani sekarang mempunyai lima orang anak saudara yang makin membesar dengan pelbagai ragam dan kerenahnya semuanya membuat dirinya bahagia. Ibnt_tabrani seorang yang masih belum berpunya baginya kehidupan ini merupakan sebuah cerita yang keta perlu nikmatinya satu persatu episodnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku nanti, Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya telah ditetapkan Ilahi , bila tiba masanya ia akan hadir dengan sendirinya.

Akhirnya, selamat datang ke SriMersing Blog semoga apa yang baik dijadikan panduan dan segala yang buruk diabaikan. Ibnt_tabrani hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan dalam dirinya, dia mengharapkan teguran daripada sahabat-sahabat semua.

Salam perjuangan daripada

Nurunna'im Bintu Ahmad Tabrani (ibnt_tabrani)

 

 myspace layouts

SETIAP DETIK TERUS BERLALU.....TANPA MENGHIRAUKAN ALAM SEKELILING

Detik Saat Berlalu

 

Hari Berganti Hari

 

Ibadat Suatu Ketenangan

 

 myspace layouts

ADA YANG BOLEH KITA KONGSIKAN BERSAMA?

 myspace layouts

TINGGALKAN PESANAN ANDA DI SINI.



   





 myspace layouts

RENUNGAN KITA BERSAMA


 

 myspace layouts

PENENANG JIWA

 myspace layouts

NAMAMU YANG INDAH...YA ALLAH

 myspace layouts

HALWA TELINGA


 



 myspace layouts

PENCARIAN ILMU

 

 myspace layouts

 

BILA HIJRAH, BILA MASIHI?

 myspace layouts

KATA SAIDINA ALI BIN ABI TALIB k.w.h

الإِعْجَابُ يَمْنَعُ مِنَ الإِزْدِيَادِ

Sifat kagum dan bangga terhadap diri sendiri menyekat peningkatan prestasi diri

18 November 2009





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed